14 mac 2008 - buat permohonan Surat Izin Belajar (SIB)

Apakah surat izin belajar. Aku pun tak sure sangat apakah ia, tapi mungkin surat ni adalah satu tanda atau pengizinan dari Kementerian Pendidikan Indonesia yang mengatakan bahawa aku adalah salah seorang mahasiswa yang sedang menuntut di negara ni. Nak buat menda ni, takde la susah sangat. Cuma cara dia agak leceh je. Kena sediakan dokumen yang cam ngarut seperti:
  1. Surat Izin Belajar Yang Lama
  2. Kitas
  3. Pasport
  4. Buku Biru Imigrasi
  5. Borang yang tiga keping tu
  6. Surat Garantor
  7. Result terbaru
  8. SkLd dan Skj
  9. Permohonan Surat Izin Belajar
Sumer menda2 ni kena fotocopy sebanyak 8 kali. Pastu kena susun ikut urutan pastu masukkan dalam envelop untuk diserahkan kepada pkpmi untuk di pos ke Jakarta. Dan ada lagi satu kena sediakan gambar berukuran pasport (4 x 6) sebanyak 8 keping. Dan borang2 tu kena ada sain hidup. Lagi satu, menda ni kena buat setiap tahun. Dan pembaharuan untuk tahun ni, pKpmi (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) cawangan Malang telah mengenalkan sistem memasukkan sendiri sumer dokumen tu ke dalam map dan juga setiap ahli wajib membayar rp13000 untuk proses pengiriman menda ni ke Jakarta. Bagus gak, selain meningkatkan harga yuran bulanan, pKpmi tidak lagi membazirkan sangat duit pengumpulan tiap bulan. Ye la, pasal duit pemprosesan kita bayar secara berasingan. Nanti boleh la duit tu digunakan untuk aktiviti lain yang lebih berfaedah.

No comments: