4 April - Demi sebungkus batagor

Mesti korang tak penah dengar perkataan batagor (bagi orang Malaysia yang tak penah ke Indonesia). Batagor ni adalah singkatan dari perkataan 'Bakso Tahu Goreng', dan makanan khas dari bandung. Kalau nak explain sumer skali memang susah la. Cuma kalau di translate ke pemahaman orang kita, batagor ni bih kurang mcm cucur yang berkuahkan 'kuah kacang'.

Best gler batagor ni. Ni kira antara favaorite food aku la kalau kat Indonesia ni. Tiap kali kalau ada time free antara kuliah, aku akan kuar pegi mendapatkan batagor ni. Ni la antara yg jadi sebab kenapa aku datang kuliah hari ni. Yang spesialnya batagor yg aku mkn ni, mesti la pasal dia dekat, dekat blkg spital je, kuar je kuliah terus nampak muka mas si penjual batagor. Kedua pasal dia murah. Ketiga kerana batagor ni sedap. Keempat ada tambahan special kt kedai batagor ni psal dia ada letak kentang yg mcm wedges kt kfc tu, nyum2. Kelima psal mas tu baik dan dah kenal kitorang. Keenam pasal tiap kali abis kuliah, aku akan lapar. Ketujuh pasal aku mmg tak suka lepak kat kuliah, kat luar lagi best. Kelapan psal aku suka masuk lmbt kelas psal lecturer pun biasa lmbt. Kesembilan, pasal aku dapat mkn bersama girlfrend trsayang. Kesepuluh psal mknn lain sekitar tu mcm tak best sgt, batagor ni la mknn yg ringan dan seswai utk breakfast.

2 comments:

Enchek tAj said...

satu bungkus di bwk ke malasia ya pak

khairul anuar rosly said...

Hehe. Aku buat sendiri je la. Nanti kapan2, datang la ke rumah..